Wednesday 25 July 2012

TARBIYAH

Alhamdulillah. Sementara menunggu waktu untuk menghantar anak-anak saya ke Tadika... terfikir sejenak di pemikiran saya tentang perkataan TARBIYAH setelah menonton youtube di  : http://youtu.be/dz6cJN1jU44

Perkataan yang seringkali saya ungkapkan dan seringkali saya jadikan kata gurauan bersama rakan karib saya Oya.... Setiapkali kami bercerita tentang mendidik anak... rakan2 sekerja... kami sering menggunakan perkataan Tarbiyah... Saya tahu maksud Tarbiyah itu bukan setakat 'Mendidik' tetapi ianya amat mendalam....."Apa maksud TARBIYAH sebenarnya ek?," tanya hati saya.

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk
keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)


mmmm..... bunyi nya agak kompleks dan sukar difahami kan.... Ok, kita baca pula definisi tarbiyah yang lain yang saya dapat dari beberapa sumber yang lain.


"Apa maksud TARBIYAH?", masih lagi mencari2 pengertiannya. 

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.


Kini nampak semakin jelas walaupun masih ada kekaburan kan.... ;-) Usaha mencari makna TARBIYAH terus dilaksanakan tanpa rasa jemu...
 

"Apa maksud TARBIYAH?", tanya hati saya lagi...
Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan penuh dengan kesabaran kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.
 (.. kini saya bertanyakan diri sendiri adakah saya sudah mengamalkan konsep tarbiyah ini terhadap anak-anak... terhadap dealer2 & consultant2 saya... terhadap rakan2 sekerja.... ahhhh airmata saya mula menitis......)


4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg

mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.


dan akhir sekali saya terjumpa analogi TARBIYAH yang agak menarik dari aslamarif....


ANALOGI PROSES MEMBUAT BATU

Andai kata kita ingin membuat batu yang kuat untuk membina rumah atau bangunan yang kukuh. Ia perlulah melalui beberapa proses.

Antaranya;


1. Sebatian yang diperlukan mestilah menepati nisbahnya.


2. Sebatian itu akan dipanaskan dalam kebuk pembakaran di bawah suhu yang amat tinggi.


3. Tekanan yang dikenakan ke atas kebuk pembakaran juga agak tinggi.


Hasilnya ialah;

1. Batu yang dibuat dengan betul kadar nisbahnya, tahan suhu tingginya dan tahan tekanan tingginya akan menghasilkan batu yang kuat seperti yang diingini.


2. Batu yang dibuat dengan salah kadar nisbahnya, tidak tahan suhu tingginya dan tidak tahan tekanan tingginya akan hancur gagal menjadi batu yang seperti diingini.


Analisis Analogi.


Analogi ini amat mudah untuk dipahami oleh kita semua. Batu yang kuat adalah contoh kepada diri kita. Suhu dan tekanan yang tinggi adalah cabaran untuk kita hadapi dalam kehidupan yang sebenar-benarnya, tak kira apa sahaja aspek yang kita lakukan samada sebagai pelajar, pekerja , berniaga dan sebagainya ...


Jadi, maksud TARBIYAH adalah proses dalam pembentukan diri kita semua. Tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi. Adanya tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah. Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menghadapi proses-proses itu.


Dan dalam bisnes yang sedang saya lakukan sekarang, Tarbiyah yang dilakukan semasa workshop MMR (Minda Magnet Rezeki) dan juga semasa MSR (Mega Star Roadshow) adalah untuk mengeluarkan 'Biawak-Biawak' yang sangat besar gannguannya dalam kehidupan harian manusia tak kira dalam apa jua aktiviti mulia yang hendak dilakukan... hinggakan nak buat bisnes pun dia kacau dan cuba melemahkan semangat.....
Haaaa ni lah biawak nya.....

Mudah-mudahan dengan proses Tarbiyah ini biawak-biawak ini akan semakin pupus dan kita semua akan menjadi lebih kuat dan bersemangat dalam menghadapi kehidupan MUSLIM SEJATI dan MUKMIN yang PROFESSIONAL.