KENALI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke  blog peribadi saya – atirahman.blogspot.com ini. Nama penuh saya adalah Rusilawati Abdul Rahman. Biasanya orang memanggil saya dengan panggilan Atie.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dan kini menjadikan internet sebagai satu sumber pendapatan sampingan . Saya berasal dari Sungai Petani, Kedah tetapi sekarang ni menetap di Kuala Lumpur. Sudah berkahwin dan kini memiliki 3 orang cahayamata (Qish, Iman dan Akeem).

Saya mula menyertai dunia perniagaan internet kerana sedar bahawa ia memberikan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak.

Dengan hasrat itu, saya bermula dengan sebuah blog di blogspot dan kini saya mula mengorak langkah menerusi Internet Marketing Media Sosial. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya mula buat duit di internet melalui pelbagai usaha.

Kalau nak tahu bisnes apa yang saya usahakan, silalah melawat e-Kedai saya yang baru sahaja dikemaskinikan.  Masih banyak yang saya perlu belajar walaupun sudah lama dalam bidang ini, masih banyak kesilapan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Masih banyak juga ilmu yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Ya! praktik tu yang penting.

Jadi buat Anda diluar sana yang masih ragu-ragu atau masih mencari peluang menambah pendapatan menerusi Internet, boleh hubungi saya pada bila2 masa untuk saya kongsikan pengalaman dan peluang yang ada.