Thursday 26 July 2012

Puding Bunga Kasih Bertaut

Corat-Coret Dapurku berasap...
Alhamdulillah..... dah 6 hari kita berpuasa, rasa mcm baru saja melangkah hari pertama Ramadhan kan.... cepat sungguh masa berlalu...
Semalam janji dengan anak-anak kalau rajin berpuasa , solat dan mengaji di bulan puasa ni .... mama masak apa saja yang anak-anak mama nak makan.... hmmmm apa lagi, " Nak puding Ma....."
Wooppppssss....... Puding pun puding lah.... janji rajin puasa, solat dan mengaji ok.....  Dan malam tadi Iman (5 tahun) lancar sekali bacaan Iftitahnya dan keseluruhan bacaan dalam solat.... Akeem (4thn) pun sama walaupun solatnya sesekali keluar masuk bila terasa nak main.... Kakak Qish (9 thn) pun Alhamdulillah rajin mengaji di malam-malam bulan Ramadhan , dah masuk Juzuk ke-3...
Lepas solat semua dah tanya... mama ada masak puding ke....
Mesti la adaaaa..... kan dah janji....... Ingat diaorang ni kalau berjanji.

Taraaaaaa.......... ni lah puding khas mama buat untuk anak-anak mama yang rajin bersolat, berpuasa dan mengaji ...... PUDING BUNGA KASIH BERTAUT...


Siap ada Mineral Coffee jugak tau.... ;-) Bukannya apa.... bila minum mineral coffee ni badan anak-anak semakin bertenaga dengan khasiat Garam buluh yang terkandung didalam Kopi tersebut....  Nak bangun Sahur pun senang je.... sekali kejut dah bangun.... Balik sekolah pun boleh main basikal lagi kat umah, tak lapar dan tak letih la puasa tahun ni katanya..... Ustazah pun kata Qish semakin fokus dalam kelas dan tak nampak lesu dalam bulan puasa.... Dah jadi satu kemestian untuk saya menyediakan Kopi ni setiap hari waktu bersahur dan juga lepas berbuka... Haaaaa tu la penangan Mineral Coffe yang dibuat dari Kopi Robusta dan kandungan utamanya adalah Garam Buluh.
Apa lah istimewanya Kopi Garam buluh ni....

1) Meningkatkan kesihatan dan juga tenaga, jadi lebih fokus dalam menjalankan tugas.
2)Sangat berALKALI dan dapat meneutral kan asid lebihan dalam badan sekaligus buat kita rasa kenyang sentiasa....
3)Sel-sel dalam badan kita akan buat 'kerja' secara optimum dalam keadaan berALKALI, jadi ianya membantu mengaktifkan semula sel-sel agar dapat bekerja secara optimum.... sebab tu orang yang ada kencing manis minum pun boleh turun kadar gula dalam badan
4) Membantu membuang toksin dalam badan.
5) Aromanya yang cukup memikat dan rasanya yang amat sedap....


Nak order kopi ni call je - 019-2401169.... Yang nak jadi agen lagi la dialu-alukan....

Kan dah terlajak pulak citer bab kopi...... berbalik semula pada citer Dapur ku berasap.... hehehehe.. Ni la anak-anak saya yang happy bila nampak puding ni....



Apa-apa pun ni la Resepi Puding Bunga Kasih Bertaut yang nak dikongsikan dengan semua yang sudi mengunjungi Blog atirahman.

Puding Bunga Kasih Bertaut
Resepi asal : Naz's CUTE OVEN
Sumber olahan: Che CT

Bahan A :
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar agar (*Paket serbuk agar-agar 10 gm)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur A
2 atau 3 jenis pewarna (dan juga perisa jika suka)

Cara-cara :
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
2. Pecahkan telur ke dalam santan dan pukul sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih diatas api perlahan saja. Setelah mendidih, tutup api.
3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan tambahkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam acuan kecil yang digemari. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari acuan kecil atau kalau guna bekas yang besar sebagai acuan tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar. Ketepikan.

Bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise - (untuk resepi ni, CT guna 70 gm)
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih dengan api sederhana. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B perlahan-lahan ke dalam bekas yang berisi agar-agar A / kiub-kiub agar-agar tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

Selamat mencuba ye..... Memang sesuai untuk anak-anak yang sukakan Jelly dan juga Puding, sangat mudah dan senang disediakan... Oh ya buatkan sekali Mineral Cofee memang sedappppp.....

Ok.... Jumpa lagi dalam Corat Coret Dapurku Berasap dengan resepi yang lain pulaaaa.......

Wednesday 25 July 2012

TARBIYAH

Alhamdulillah. Sementara menunggu waktu untuk menghantar anak-anak saya ke Tadika... terfikir sejenak di pemikiran saya tentang perkataan TARBIYAH setelah menonton youtube di  : http://youtu.be/dz6cJN1jU44

Perkataan yang seringkali saya ungkapkan dan seringkali saya jadikan kata gurauan bersama rakan karib saya Oya.... Setiapkali kami bercerita tentang mendidik anak... rakan2 sekerja... kami sering menggunakan perkataan Tarbiyah... Saya tahu maksud Tarbiyah itu bukan setakat 'Mendidik' tetapi ianya amat mendalam....."Apa maksud TARBIYAH sebenarnya ek?," tanya hati saya.

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk
keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)


mmmm..... bunyi nya agak kompleks dan sukar difahami kan.... Ok, kita baca pula definisi tarbiyah yang lain yang saya dapat dari beberapa sumber yang lain.


"Apa maksud TARBIYAH?", masih lagi mencari2 pengertiannya. 

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.


Kini nampak semakin jelas walaupun masih ada kekaburan kan.... ;-) Usaha mencari makna TARBIYAH terus dilaksanakan tanpa rasa jemu...
 

"Apa maksud TARBIYAH?", tanya hati saya lagi...
Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan penuh dengan kesabaran kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.
 (.. kini saya bertanyakan diri sendiri adakah saya sudah mengamalkan konsep tarbiyah ini terhadap anak-anak... terhadap dealer2 & consultant2 saya... terhadap rakan2 sekerja.... ahhhh airmata saya mula menitis......)


4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg

mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.


dan akhir sekali saya terjumpa analogi TARBIYAH yang agak menarik dari aslamarif....


ANALOGI PROSES MEMBUAT BATU

Andai kata kita ingin membuat batu yang kuat untuk membina rumah atau bangunan yang kukuh. Ia perlulah melalui beberapa proses.

Antaranya;


1. Sebatian yang diperlukan mestilah menepati nisbahnya.


2. Sebatian itu akan dipanaskan dalam kebuk pembakaran di bawah suhu yang amat tinggi.


3. Tekanan yang dikenakan ke atas kebuk pembakaran juga agak tinggi.


Hasilnya ialah;

1. Batu yang dibuat dengan betul kadar nisbahnya, tahan suhu tingginya dan tahan tekanan tingginya akan menghasilkan batu yang kuat seperti yang diingini.


2. Batu yang dibuat dengan salah kadar nisbahnya, tidak tahan suhu tingginya dan tidak tahan tekanan tingginya akan hancur gagal menjadi batu yang seperti diingini.


Analisis Analogi.


Analogi ini amat mudah untuk dipahami oleh kita semua. Batu yang kuat adalah contoh kepada diri kita. Suhu dan tekanan yang tinggi adalah cabaran untuk kita hadapi dalam kehidupan yang sebenar-benarnya, tak kira apa sahaja aspek yang kita lakukan samada sebagai pelajar, pekerja , berniaga dan sebagainya ...


Jadi, maksud TARBIYAH adalah proses dalam pembentukan diri kita semua. Tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi. Adanya tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah. Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menghadapi proses-proses itu.


Dan dalam bisnes yang sedang saya lakukan sekarang, Tarbiyah yang dilakukan semasa workshop MMR (Minda Magnet Rezeki) dan juga semasa MSR (Mega Star Roadshow) adalah untuk mengeluarkan 'Biawak-Biawak' yang sangat besar gannguannya dalam kehidupan harian manusia tak kira dalam apa jua aktiviti mulia yang hendak dilakukan... hinggakan nak buat bisnes pun dia kacau dan cuba melemahkan semangat.....
Haaaa ni lah biawak nya.....

Mudah-mudahan dengan proses Tarbiyah ini biawak-biawak ini akan semakin pupus dan kita semua akan menjadi lebih kuat dan bersemangat dalam menghadapi kehidupan MUSLIM SEJATI dan MUKMIN yang PROFESSIONAL.




IFTAR HARI KE-4


Alhamdulillah masuk hari ke-4 berpuasa hari ini.... Seperti biasa dalam kesibukan melaksanakan tugas-tugas harian, jam 5 petang akan menjadi satu tanda dah tiba masa nak kena masuk dapur dan siapkan rencah-rencah yang diperlukan untuk menu berbuka nanti.

Atas permintaan My lil Prince - Akeem , nak makan Ketam masak 'Domak' (lemak) maka semua orang pun akur je la kan..... Alamak suami ku kan tengah berV3SR... camner ni.... hehehehehe

Tergugat dan terganggu la Diet Ayah Akeem malam ni..... (ya ampuunnnn... mode bersalah tapi nak jugak masak - ketam masak lemak ni.... Alaaaaaa apa susah DADA la dulu sebelum makan (kata dalam hati dengan penuh confident nyeeee....) )

Taraaaaaa...... dah siap......






Jam dah pukul 6:50pm..... masa untuk menghidang pulak.....ok jemput makan ye semua!



Alhamdulillah....dapat juga mama siapkan juadah berbuka mengikut kesukaan keluarga. Walaupun agak melanggar undang-undang berV3SR tapi tetap tak lupa minum Kopi mineral ;-) Alhamdulillah akhirnya taraaaaaa....... tidak menggugatkan langsung ukuran berat badan.... Maintainnnnnn..... malah lebih bertenaga lepas minum Mineral Coffee..... ALHAMDULILLAH.....




Friday 20 July 2012

Ramadhan Kareem, Barakallah!


Khatam Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Insyallah kita bakal menyambut Ramadhan esok je lagi...sudah bersediakah kita...? so semua dah tahu bahawa bulan Ramadhan ni memang banyak kebaikan dan kelebihannya...jadi tanpa membuang masa mari kita kejar dan rebut peluang yang datang setahun sekali Allah nak bagi kat kita ni dengan hati yang gembira dan lapang...banyak pahala dan amalan yang  boleh kita lakukan di bulan yang mulia ni...syaitan semua akan diikat,pintu neraka ditutup dan pahala amalan kita dilipat kali gandakan...bermacam-macam amalan yang boleh
kita lakukan di bulan Ramadhan ni...bukan setakat puasa je...zikir,tadarus,terawih,sedekah,qiamulail dan macam-macam lagi la...jangan plak kita tido je memanjang masa bulan puasa nanti ye...
Petua yang saya nak sampaikan disini agar perut anda tak berbunyi2 disiang hari dan stay cool sampai waktu berbuka nanti, Minumlah secawan "Mineral Cofee" semasa sahur bagi menambah kekuatan fisikal dalam menjalani ibadah puasa ini.
Kat mana nak cari Mineral Cofee ni???? tengok dekat E-Kedai Saya tu, terus buat order......
OK Selamat Berpuasa dan Selamat Menambahkan lagi Amalan mulia di bulan yang penuh barakah ini....

Tuesday 17 July 2012

Koleksi Perawan Secara Semulajadi dengan Krim Bio Ever


Ini adalah sebahagian dari posting NN di wall closed group Smart Tycoon.. Posting penuh boleh tgk kat bawah skali...

Sahabat2ku... (utk yg berkahwin shj, yg belum JGN baca..) Selasa malam haritu time kelas coaching, kak Rogani kata kwn2 dia yg beli BE  'seram' nak try BE untuk menjadi 'perawan' dlm masa 5-10 minit sahaja... ( tatau lah apa yg di seramkannya...)..so dia minta suggestion, apa nak cakap kalo kes cenggitu... Sy kata, kak jawap begini ' Perempuan yg tak sapu BE utk jadi perawan adalah perempuan yang paling rugi di dunia..dan suami yg isterinya tak jadi perawan semula adalah suami paling malang dan rugi di dunia sb melepas dpat wanita perawan ..huhuhu' .. bole gitu...??

Sesebelum ini mmg testimonial tentang hubungan intim ni kami tak sentuh sgt sb semua yg buat terus dapat result yg awesome...so kira testimoni WAJIB dapat kalo buat (kira ni testimoni sonang by two..dgn izin Allah) ...sama la ngan testimoni kencing manis dan darah tinggi yg biasa2 - sb testimoni senang2, jd ramai konsultan tak berapa nak sharing kecuali yg sampai nak kena potong kaki, yg dah mati pucuk..haaa...barulah diaorang masukkan dalam dokumen... Sat sy share beberapa testimonial pasal bab ni ya... as an answer to why i daresay  "Perempuan yg tak sapu BE utk jadi perawan adalah perempuan yang paling rugi di dunia..dan suami yg isterinya tak jadi perawan semula adalah suami paling malang dan rugi di dunia sb melepas dpat wanita perawan"

Pas anda baca testimonial ni baru anda faham dan mesti rasa tak puas hati sebab apa KRIM Bio Ever ni murah bebenar.... imagine la.. 'repair dara' atau buat 'pelvic repair' TANPA KESAKITAN, TANPA SUNTIKAN, TANPA MAKAN UBAT/SUPPLEMEN NTAH APA-APA RASA, TANPA TUNJUK AURAT KAT DOKTOR, TANPA PERLU BERPANTANG dsbnya dgn harga semurah itu? ... even 1-2 kali sapu je dah jadik!! Oh God!!... cer sabo skit yer...

Back to testimonial 1) Kak Z (bukan nama sebenar, tp orgnya ada kat dlm fb group ni..:):) - kak Z ni sgt hebat menjual BE di UTM, tiap2 hari dtg stokis beli dan beli dan beli dan beli lagi...pastu dia buat trial pack..katanya akak letak kat opis kwn2- letak 7, abis 7; letak 10 habis 10, letak 20 abis 20... Sy kata... Haaa...mesti akak ada cakap benda lain slain yg biasa2 aku cakap kan... Cepat kak, kasi tau aku... (cam biaso lahhh..;);)).. so dia pun pecah rahsia...ni sy citer sikit je taw .. kak Z ni merupakan isteri pertama dr 3 org isteri... so dipendekkan cerita, pas guna BE di sana sini, suaminya bertanya 'eh awak ada buat operation ke?' mestilah tak kannn..dan sikit pun dia tak bgtau rahsia itu... so pas pas tu suami dia selalu balik rumah dia, kadang tu siap buat 'lunch appointment' lagik.. Yg paling SYIOKK skali kata kak Z, "bayangkan lah Lin, 18thn kawin (sb dr mula kawin dia mmg bekerja) abg tak pernah belikan akak baju raya..Tp tahun ni... abg belikan akak 4 pasang baju siap...whoahaha...best betul, tkasih Lin..terima kasih Allah.."

Testimonial 2 : Pn Asi (pun bukan nama sebenar, dan dia juga ada kat dlm ni...siap ada saksi lagi kan Pn Eda Hailani).. mempunyai 5 org anak...bila sy briefing bab ni kat bilik ofis Pn Eda.. kebetulan ada Pn Asi dtg skali.. so bila sy bgtau letak kat mana, dia menyampuk, 'Eh, kak jgn letak kat situ je..extend sikit lagi.. nt kan..kali pertama, kedua, ketiga mungkin husband kita puji2 aje..tp bila kali ke 4 atau ke 5.. mmg dah tak jumpa jalan lagi.. mesti dia kata dah macam anak dara balik"

Testimonial 3 : yg ni masa kami g buat kelas kat Pusat Rawatan Impian atas Klinik Dr Kamesah Omar - dah abis kelas, kita buat pjumpaan by group..skali tu tiba-tiba 'WAKAKAKKAKAKAAKA'...kusss semangat ..terkejut kami kat satu group wanita2 cun KWSP bawah team Pn Lili Juliana... bila kurisik ini lah jugak ceritanya.... mlm tu mereka tak sabar2 nak balik cepat sb nak terus cuba...

Testimonial 4 : Remember Kak Mahani bawah team Pn Maya Persada? Berumur 50-an... Alaaa.. yg testimoni pagi buat blood test -sugar level 18, then tghari sapu BE, petang bila chek skali lagi jd 5++ tuuu.. ingat tak? So dlm masa 2 minggu aje muka kusam dia dah jadi ceria dan glow..hingga kwn2 satu perumahan sampai tak kenal.. Al kisah..suaminya pemandu teksi..biasanya bawa teksi sampai mlm..tapi lately, petang aje dah balik, petang je dah balik...asyik nak duk dekat2 aje... kata nya.. 'Abg pun tak tahu, asal petang je dah asyik terbayang2 wajah Mahani..rinduuu..tu yg balik cepat'... Ayarkkkk..kalo Arifin Shah cakap cenggini...mau aku pengsan 2 kali..bangun balik, pastu pengsan lagi skali...huhuhuhu


Kalau sy bg penerangan kat satu2 group tu, kadang kala ada ibu tunggal - so sy kata, you jgn sedey ok.. kalau u taknak bersuami lagi, BE mmg sgt bagus utk kesihatan dan kecantikan tp kalau u rasa nak berkahwin lagi...minta dgn Allah utk mudahkan bertemu dgn lelaki yg baik2, pastu sebulan sebelum nikah, you contact i, insyaAllah, i ajar u 'repair dara' balik..no matter berapa lama you dah kawin dan berapa kali dah you bersalin'... siap ngan kaler skali macam anak dara... InsyaAllah... Nak tak?


 Kalau  beli dgn saya mmg saya bagi money back warranty atas sekali penggunaan sahaja kalau tak menjadi (utk hub suami isteri laa..). Contoh, katalah harini anda beli then guna utk jadi perawan dan suami kata 'sama aje' atau anda pun rasa 'takde apa-apa beza pun'... haa..esoknya cepat2 call saya, then bagi saya balik BE ni dan tanpa ada apa2 prosedur, sy akan pulangkan duit anda onthespot!!! CONFIRM!!

And now, you tell me my dear friends... berapa kos pembedahan repair dara or pelvic repair tu?? Cer survey skit (kalau org kat JB ni ramai yg buat di Singapore)... dan compare segala kemudahan yg kita dpat dgn hanya ber BE??? So, MURAH SANGAT2 JE kan harga BE tu... pastu dgn kita cuba dan hanya share ngan kawan2, kita boleh pakai BE ni separuh harga atau PERCUMA ...kalau buat dgn lebih berstrategi.. boleh buat duit banyak2, boleh beli aset dan boleh pergi melancong percuma lagi.... Ohhh...senang bangettttt!!! Syukur Ya Allah!!

Nak lebih info or Nak free demo or Nak terus beli?
Shoot or text me at
019-240 1169 

FB : Atie Rahman 
(Your Bio Ever Top Professional Consultant)

Bagaimana Untuk Fikir Diluar Kotak




Saya suka topik fikir diluar kotak ini. Semalam kita katakan ianya penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?
Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.
Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?
  • Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak megurangkan kos?
  • Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
  • Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
  • Bagaimana hendak mencari pasaran ?
  • Bagaimana untuk mempromosi cara agresif ?
  • Bagaimana utk menjadikan produk sangat berkualiti ?
  • Bagaimana untuk memberi khidmat yg terbaik ?
  • Bagaimana untuk membuat pelanggan gembira?
… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.
Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang boleh anda practice, to make it perfect!

Untuk menjadi usahawan yang berjaya , kita WAJIB menjadikan diri kita orang yang sentiasa berfikir di luar kotak.

Tiada Pengalaman Bagaimana Hendak Berjaya



Adakah anda sering dikritik tentang “tiada pengalaman” atau “tidak cukup pengalaman” dalam memulakan perniagaan?
Ada masanya, tiada pengalaman adalah baik untuk anda.
Untuk berjaya pada usia muda, sudah tentu pengalaman menjadi isu utama untuk meneruskan usaha.
Sebenarnya, anda boleh ambil kekurangan ini sebagai kekuatan anda oleh kerana apabila tidak berpengalaman, seseorang itu akan lebih cenderung mencuba benda benda baru.
Kurang pengalaman akan membuatkan anda tidak bersandarkan pada sejarah, tetapi memaksa anda untuk fikir di luar kotak.
Lain kali sekiranya orang mengkritik anda tentang “kurangnya pengalaman dalam memulakan perniagaan”, ingat bahawa Bill Gates, Michael Dell juga memulakan perniagaan tanpa pengalaman!

Cara Menjadi Kreatif dan Menjana Idea

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, menjadi kreatif dan sering menjana idea adalah satu advantage.

Jom kita kongsi Tips menjadi Kreatif dan menjana idea yang saya perolehi dari Sifu saya....



  • Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!

  • Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak :) ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)

  • Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada SATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.
So, di atas adalah 3 tips saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif :) Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!


Tak susahkan nak jadi KREATIF!!!

Perniagaan Mencari Kelainan Walaupun Sama



Untuk berjaya dalam perniagaan yang dipenuhi pesaing kini, usahawan perlu mencari satu ‘kelainan’ dalam produk dan perkhidmatan yang diberikan. Untuk menonjolkan perniagaan kita dalam pasaran yang amat gamat, kelainan diperlukan.
payung.gif
Payung mana yang mempunyai kelainan?
Teringat saya ketika ke pasar malam dan ingin membeli burger. Sudah tentunya di pasar malam, kurang-kurang ada 3-4 gerai burger. Kesemuanya menjual burger yang sama, kecuali satu gerai burger ni, mempunyai kelainan!
Si peniaga burger tersebut, sambil membuat burger tersebut, melambung daging burger itu ke udara, dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia akan lakukan lagi, melambung daging burger keudara dan menyambutnya semula. Pada gerainya ditulis ‘Burger lambung’!
Wah! Hebat sungguh dan memang ramai beratur untuk membeli ‘burger lambung’ ni. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain. Usahwan ini berjaya menciptakan kelainan sehingga barisan beratur pun panjang- termasuk diri saya sendiri yang ingin merasa ‘burger lambung’ ini.
Setelah 20 minit menunggu, baru dapat merasa burger lambung ini. Ingatkan, sedaplah sangat burger lambung ni, rupa-rupanya, rasanya sama sahaja dengan burger-burger lain! Lambung tak lambung, serupa sahaja rasanya!
Walaupun lucu juga kisah ini, tetapi, apa yang penting adalah ‘kelainan’ yang berjaya dibawa oleh usahawan ‘burger lambung’ ini. Walaupun produknya sama dengan produk pesaing yang lain, tetapi, kelainan perniagaan yang dibawanya berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung pasar malam itu.

10 Tips Melancong Dengan Murah

Kebanyakan dari kita, terutama yang melancong ke luar negara, duit akan keluar macam air. Pertama disebabkan kadar pertukaran wang asing yang tinggi. Kedua sebab...tak tahan nak shopping!

Tapi tak semestinya kita papa kedana disebabkan benda ni. Ikut tips berikut, dan anda boleh jimat sebahagian besar dari perbelanjaan.

Bawak Ja Jan
Biskut, kek, roti, dan semua benda ni - masukkan dalam plastik 'zip', dan bawa kemana-mana. Kita selalu nak beli makanan masa melancong sebab lapar. Kita lapar pun sebab penat berjalan kesana kemari. Makanan Ja Jan ni boleh membantu tolong alas perut.

Bawa Botol Air Kemana-mana
Kalau kita asyik beli air, tanpa disangka-sangka kita dah berbelanja hampir beratus-ratus ringgit disebabkan air saja! Bayangkan kalau satu botol air di negara Eropah mungkin 2 hingga 3 Euro. Kalau sehari 3 kali beli, dah dekat 10 Euro. Itu dah RM50 sehari! Cuba bayangkan kalau seminggu!

Jadi, bawak je botol air. Kat eropah ni air paip selamat nak minum. Kalau ada botol kan senang? Pantang nampak paip je..isi botol tu. Tonggang lah puas-puas.

Cari Pakej
Kadang-kadang, ada pakej-pakej yang lebih murah diambil. Contohnya di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop-off. Bas tu kita boleh naik dan turun di mana-mana sahaja selama 24 jam. Dan bas tu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Uih, kalau nak bayar tambang sendiri tu boleh jadi mahal jugal.

Contoh kedua, kekadang ada hostel yang berikan breakfast percuma. (Bukan hotel yang mahal, hostel yang murah-murah pun ada).  Buat lah research betul2 semasa merancang trip anda.

Jalan Kaki
Kita orang Malaysia ni...cukup malas bab nak jalan. Asal nak keluar sikit, kena naik kereta. Al maklum la..panas. Tapi semasa melancong, kalau kita jalan kaki, kita akan dapat melihat lebih banyak benda, dan juga jimat sikit tambang bas.

Banyak pengalaman manis saya adalah secara 'tak sengaja' disebabkan jalan kaki. Pernah kena jalan kaki selama 40 minit untuk kembali ke 'camping site'. Tapi pengalaman tu memang takleh lupa!

Beli Makanan di Kedai Runcit
Kat Europe ni, kalau nak makan kat restoran, berpeluh bulu ketiak. Ini antara tips yang paling penting untuk jimat duit. Beli makanan kat kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah shopping complex yang ada grocery store. Ha, masukkan semua makanan ni dalam beg, bila dah waktu makan, pergi la hampar kain sarung tu, dan 'picnic' kat tempat-tempat yang best. Lagi seronok.

Rata-rata kalau nak makan di restoran harganya jatuh dalam 7 hingga 15 Euro seorang. Yang halal pun bukannya banyak sangat dalam menu (menu ikan, sayur-sayuran, etc). Kebanyakan dari pengalaman saya makan di restoran..semuanya menyesal! Sebab..dah la bayar mahal...tapi kita takkan dapat tahu sedap atau tidak selagi makanan tak sampai. Sekali tak sedap...menyesal seumur hidup!

Kalau dah desperate sangat takda makanan pun, haa..kat Europe ada banyak gerai Kebab. Kebanyakkannya Halal (tapi ada yang tiada tanda halal). Tengok pada tempat, ada yang 3 Euro, ada yang menjangkau 12 Euro. Jadi tengok-tengoklah tanda harga dulu.
 
Okay..setakat ni dulu 'Part 1' untuk 10 tips melancong dengan murah. Nantikan 'part 2' kemudian ye.....
 
TAPI KALU KITA MELANCONG DENGAN PAKEJ PERCUMA YANG KITA DAPAT DARI BISNES YANG SAYA BUAT NI........ MEMANG SEMUANYA DITANGUNG BERES..... TAK PAYAH NAK SUSAH HATI YEEEE...... ;-)
 
NAK MELANCONG PERCUMA DENGAN BISNES YANG SAYA LAKUKAN INI JOM CALL / SMS 019-240 1169 SEKARANG.....
 

Sunday 15 July 2012

Petua Kurus Badan

Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus.
Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka


Jangan terperanjat dengan fakta tersebut.

Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki.

Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun.

Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.

Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.

Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin kurus secara semulajadi (natural).
1.  Makan
2.  Minum
3.  Senaman
4.  Rehat
5.  Solat

Petua Makan

Waktu makan:


petua kurus badan. makan makanan berimbang untuk sihat dan kuruskan badan
makan makanan berimbang
Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.

Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.


Kadar makanan

Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.

Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.

Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.

Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.

Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.

Petua Kurus Badan. Piramid makanan memberi panduan, lebih mengecil piramid bertambah kurang makanan diperlukan
panduan piramid makanan
Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.

Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.

Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.

Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.

Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.

Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.

Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.

Petua Minum


petua kurus badan. Minum air bersih minima 8 oz sehari
minum air sebanyak 8 mug sehari
Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.

Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.

Petua Senaman

Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.

Petua Kurus Badan. Senaman santai adalah petua senaman yang berkesan
senaman usaha untuk kurus
Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.

Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.

Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.

Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups", kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.

Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.

Petua rehat

Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.


Petua Kurus Badan. tidur waktu malam adalah ubat kurus
tidur juga ubat kurus
Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.

Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.

Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.

Solat

Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki saikologi diri serta jatidiri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita.

Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda, kerana “alah bisa tegal biasa”.

Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita, ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun perkara di atas memang telah diamalkan.

Petua kurus untuk wanita
Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita, sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga.

Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan “lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita.

Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh badan dan kadang-kadang memalukan.

Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak dan menambah awet muda.

Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.

Sekiranya anda memerlukan khidmat runding dalam memPROGRAMkan semula tubuh badan anda, sila CALL / SMS : 019-240 1169 untuk maklumat lanjut.
"Kesihatan Anda Kami Perihatin."

Rahsia The Millionaire Mind

Dr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Survey yang saya ingin kongsikan ini pasti menarik minat anda. Surveynya adalah…



Apakah faktor-faktor kejayaan seorang jutawan? Berikut adalah jawapan mengikut turutan top 10…
  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife) (penting ni! no.4 :) )
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products
Pada pandangan saya  memang tepat faktor-faktor yang disebutkan di atas.
Adakah anda memiliki faktor-faktor ini? Yang mana antara faktor ini yang anda kekurangan? (bagi yang belum berumah tangga, no.4 tak kira… mungkin perlu keluarga yang supportive!)

Sebab tu dalam Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR ) yang kita jalankan, disarankan agar pasangan turut hadir bersama kan.... Nak tahu banyak rahsia2 yang perlu dipelajari dalam MMR Sila CALL / SMS : 0192401169

Saturday 14 July 2012

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang


Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.
Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia dihargai.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita


Ingin mencari hadiah istimewa buat BIDADARI - BIDADARI anda sila

CALL / SMS : 0192401169

Friday 13 July 2012

Iklan Yang Pasti Menarik Pelanggan


Jom berkongsi ilmu bagaimana kita ingin mencipta iklan yang berjaya.




Tidak kira media apa yang anda gunakan, terdapat 3 kunci kepada iklan yang berjaya. Kunci-kuncinya adalah:

• Cipta keseronokan
• Beri berita
• Menyeru ambil tindakan


Sebagai contoh, lihat iklan ini:

"Jutawan Smart Tycoon Group mendedahkan Cara terhebat memulakan perniagaan yang menguntungkan menerusi teknik Minda Magnet Rezeki dalam masa 21 hari! Sertai Seminar Minda Magnet Rezeki hari ini"

Ia mengandungi ketiga-tiga kunci iklan yang efektif di atas. “Jutawan Smart Tycoon Group”- memberi berita. “Cara terhebat memulakan perniagaan yang menguntungkan menerusi teknik Minda Magnet Rezeki dalam masa 21 hari!”- mencipta keseronokan. “Sertai Seminar Minda Magnet Rezeki hari ini”- menyeru ambil tindakan.

Itulah rahsia pengiklanan yang berkesan :)

Kuasa "Tambah Kosong" Matlamat Besar Dalam Perniagaan


Ingin saya kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi dari Irfan Khairi tentang Perniagaan Internet... iaitu kuasa “Tambah Kosong”
Apa maksudnya?
Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?
Sebagai contoh:
  • Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
  • Dalam perniagaan MLM, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
  • Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000
Ok… itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa “Tambah Kosong” pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi…
  • Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
  • Fikirkan dalam perniagaan MLM, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
  • Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!
Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!
Hebatkan kuasa “Tambah Kosong”?

Kredit buat Dr. Irfan Khairi - Sifu  Internet Marketing Social Media yang saya pelajari di Asia E University.

PETUA AWET MUDA





1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.