Tuesday 17 July 2012

Bagaimana Untuk Fikir Diluar Kotak




Saya suka topik fikir diluar kotak ini. Semalam kita katakan ianya penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?
Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.
Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?
  • Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak megurangkan kos?
  • Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
  • Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
  • Bagaimana hendak mencari pasaran ?
  • Bagaimana untuk mempromosi cara agresif ?
  • Bagaimana utk menjadikan produk sangat berkualiti ?
  • Bagaimana untuk memberi khidmat yg terbaik ?
  • Bagaimana untuk membuat pelanggan gembira?
… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.
Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang boleh anda practice, to make it perfect!

Untuk menjadi usahawan yang berjaya , kita WAJIB menjadikan diri kita orang yang sentiasa berfikir di luar kotak.